Persatuan Persara MARA melalui Mesyuarat Agong Permulaan Koperasi yang diadakan pada 28hb. Ogos 2009 telah berjaya mendaftar/menubuhkan sebuah koperasi yang dinamakan Koperasi Pesara MARA Malaysia Berhad dibawah subseksyen 7(1) akta Koperasi 1991 di tandatangani dan dimenterai pada 14hb Januari 2010, dengan keanggotaan terhad kepada ahli-ahli persatuan pesara MARA sahaja.
Saham minima RM100 dan bayaran pendaftaran anggota RM20 sahaja.
Tujuan penubuhan koperasi ini ialah untuk menjalankan perniagaan bagi membantu ahli-ahli anggota membuat pelaburan dimana peringkat permulaannya koperasi akan menumpukan peluang-peluang perniagaan yang ada dalam MARA.
1) Pengerusi: Hashim bin Mohamad
2) Setiausaha : Abdullah bin Mohd Salleh
3) Bendahari : Nahanthiran
4) Hj Hasan Nudin bin Yeop – Pengerusi Biro Pembangunan/Pelaburan
5) Hj. Ahmad Roslan bin Johari – Pengerusi Biro Pengurusan
6) Abdul Aziz bin Ismail
7) Hj. Mohd. Yusof bin Abdullah
8) Datin Hjh. Norayini bt Ali.
9) Hj. Hamzah bin Zainal